Semasa aku tengah bertalaqqi kitab MATLAU'L BADRAIN pada petang 6/4/10 dengan guruku Al-Fadhil Al-Ustaz Elias Abdul Jalil
,tiba-tiba masuk dalam inbox telefonku mesej daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) yang menyatakan bahawa aku dipilih untuk menyertai temuduga UPNM sesi akademik 2010/2011.Aku mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang sekali lagi untuk menduga nasibku pada tahun ini.Sejurus selepas itu,aku memaklumkan hal ini kepada ibu dan abangku dan mereka menyuruhku membuat persiapan yang sewajarnya secepat mungkin.
Keesokan harinya,aku memanfaatkan masa seoptimum yang mungkin untuk membeli barang keperluan dan mendapatkan X-ray dadaku serta mendapatkan keperluan yang lain.Alhamdulillah,aku tidak menghadapi apa-apa kesulitan sepanjang proses tersebut kerana sudah dibekali pengalaman lepas.Pada malam itu,aku menghadiri talaqqi kitab Matan Ummul Barahin karangan Imam As-Sanusi Rahimahullah seperti biasa walaupun aku mempunyai komitmen yang lain.Hal ini kerana aku merasakan satu kerugian jikalau masa mudaku tidak disibukkan dengan mendampingi para ulama' dan mendapatkan ilmu mereka.
Seterusnya,pada hari Khamis aku bertolak daripada Kelantan menuju Kuala Lumpur untuk menumpang di rumah abangku yang bertanggungjawab menghantarku.Selepas menumpang selama 2 hari di Kuala Lumpur,kami(aku,abangku,kawan abangku) bergerak menuju Kem Terendak Melaka.Temuduga yang berlangsung selama seminggu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM.
Terdapat banyak perkara yang aku perolehi selama aku berada di kem ini dan menjalani temuduga pemilihan Pegawai Kadet UPNM.Aku akan simpulkan dalam bentuk point-point ringkas agar senang difahami bagi yang membacanya:
- Sepanjang aku mengenali dunia ketenteraan,inilah kali pertama aku menjumpai seorang pegawai tentera dari perkhidmatan darat Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkat Left. Kolonel yang bercakap secara jelas tentang hakikat dan keindahan Islam.Sebelum ini terdapat juga pegawai-pegawai yang bercakap tentang Islam tetapi secara samar-samar.Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah tentang Sujud syukur, sunnah-sunnah nabi dalam kehidupan seharian,kematian,redha dengan qada' dan qadar Allah dan .Kelihatan semua audien terpaku terhadap beliau kerana terkejut(pada pengamatanku) bagaimana seorang pegawai tentera daripada Rejimen Infantri boleh bercakap tentang agama.Antara kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku ialah"apabila kamu sudah berjaya dalam temuduga ini,kamu sebagai orang Islam hendaklah sujud syukur kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kamu dan hendaklah berdoa kepada Allah agar kamu sentiasa dirahmati Allah sepanjang berada dalam karier ini".
- Aku mendapat ramai kenalan yang mempunyai pelbagai watak.Ada yang bersahaja, ganas,kelakar,berhati lembut dan pendiam.Aku juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan beberapa individu yang sama umur denganku tetapi berbeza latar belakang.Apa yang aku ingin ketengahkan disini ialah 2 pandangan daripada 2 individu yang berlainan.Kedua-dua pandangan ini berkisar tentang erti persahabatan.Individu pertama berkata"Apabila kita bersahabat,kita jangan pandang kebaikan atau keburukan diri mereka(tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya).Apa yang kita perlu pandang ialah diri mereka.Secara logiknya,tiada satu kuantiti fizik yang boleh digunakan untuk menghukum(judge) manusia.Oleh itu,kita tidak berhak untuk menghukum sesiapa kecuali Allah s.w.t sahajalah yang berhak".Individu ke-2 pula berkata"aku tak kisah kalau orang pandang rendah kat aku,tapi 'once' diorang dah kenal aku,masa itulah aku akan buktikan diri aku sampai hati mereka tidak mudah memandang rendah terhadap orang lain".Ketika ini,aku hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka kerana benda ini secara praktikalnya masih terlalu baru buat diriku.
- Pada hari ke-6,aku terjumpa seorang Koperal dari Pasukan Gerak Khas(komando;berada dalam perkhidmatan ini selama 10 tahun) yang sedang menunggu anaknya.Ketika itu,aku dan kawan-kawan sedang menjamah kuih dan minuman pagi.Peluang ini tidak aku sia-siakan untuk bertanyakan soalan cepumas.Antara soalan yang diajukan kepada beliau ialah"Betul ke cik latihan komando ni boleh membuatkan kita menjadi separuh gila?".Namun,jawapan yang aku perolehi tidak aku duga.Beliau berkata"Semua latihan ketenteraan ini bertujuan untuk membuatkan kita menjadi lebih baik dan berdisiplin.Semua latihan ini adalah baik untuk kita.Kita kena ingat bahawa segala kebaikan adalah berpunca daripada Allah manakala semua kelemahan berpunca daripada diri kita yang serba lemah ini".
Alhamdulillah semasa keputusan diumumkan pada sesi akhir temuduga,aku termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya.Sesungguhnya, ketika ini hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hatiku ini.
Mungkin ini sahaja perkongsian yang aku boleh catatkan dalam ruangan ini.Terdapat banyak pengalaman yang ingin aku kongsikan namun dek kekangan masa dan tugas dan ditambah pula dengan kesukaran yang aku hadapi untuk menterjemahkan pengalamanku dalam bentuk bertulis,ini sahaja hasilnya.Moga-moga bermanfaat untuk santapan mereka yang mencari sesuatu kelainan dalam dunia ketenteraan.
Allahummahdina lissadadi wassowab bijahi nabiyyikal mustafa warasulikal mujtaba.
nice story dude..
ReplyDeletetpi an nk tnye btul ker time temuduga uh kne uat pmeriksaan aggota bdan yg agk 'sulit'??
n chck up uh dbuat oleh dktor pompuan??
coz cdg nk apply but ble dgr bnde uh jdi mls lak..
bkn pe segn kot..
haha..
btl la tu der,,,,kalo psl dr tu ad yg laki n ad yg pompuan...it's ok..nothing to be worried...
ReplyDelete