Wednesday, December 25, 2013

Cukup Wang, Hati Senang, Dakwah Berkembang.

Bismillah, 
Semalam aku pergi event financial matters ni,
Disebabkan speaker tu punya suara tak berapa jelas, I can't give 100% concentration masa dia bagi talk, eventho dah bagus sangat dah issue yg dia sentuh tuuuu.

Basically, the talk was about the financial lah.
Touch pasal investment, asset, liability, rat race, financial lifestyle, shares/bond, unit trust, property, scam in investment, financial defenses and cash flow management.

Fuuuuh, dia bagi talk dalam tiga jam jugak kot, kalau tak silap aku.
Takpelaa, Ill try my best utk summarized and share the knowledge with you guys okay ;)

Investment?
Why you guys think we shall invest?
Because........
- work 'passively' or 'smartly'
- more income
- to be a billionaire
- prepare when I get old
- prepare for the worse
- do what I want
- for dakwah
- for akhirah
Generally, dah jelas sangat kan objectives dia. Lagipun sape tanak kaya betul tak? Kannnnnn? Eleh baik mengaku! Ok get back to the topic even sahabat ramai kot yg berharta blh bantu kembangkan dakwah lagi dll. Hmm, too bad to hear laa kan banyak jugak negative thoughts among us yg buat kita jd malas cari duit ni, contohnya....
>money cannot buy everything
>every problem are due to money
>debt is not god
>failure is bad
>it's difficult to sell shares, house, etc
the last one yg paling famous,
->more rich people go to hell than to heaven
wah wah, ada betulnya jugak, tapi kita kena buang and reduce pemikiran yg prevent kita dari jadi kaya ni, hehe

Okay, now aku nak cerita laa why orang kaya dia takleh nak saving and kembangkan kekayaan dia? Cthnya kalau gaji dia rm38,000 tu je laa yg dia dpt, takde side income, other revenues and etc. Pelik kan duit punya banyak tapi takat tu jee and still deduce utk expenditure. So mana nyaa saving, investment etc etc tuuu.
Nak tahu mana harta dia semua burn? Jeng Jeng Jeng!

Sebab they will get the salary and goes to expenditure, and repeat again and again the same step.
salary -> income=expenditure -> increased salary -> increased lifestyle -> increased expenditure -> repeat step
Sampai bila laaa tak kayo, sebab tak bijak haiyaa

Financial freedom ni mudah je sebenarnya dgn adanya second salary which is pepandai laa kau carik jalan nak grab 2nd salary ni such as by investment. Tak lupa jugak cash flow management, kau kena ada emergency and saving jgn lupa.

Okay nak cerita sikit lar pasal investment ni banyak sgt kot kategori dia cthnya gold/silver, shares/bond, unit trust, property investment & scam in investment. Gold/ unit trust(amanah saham), shares ni semua mesti korang dah master kan? Cume property investment & scam in investment je korg mcm blur sikit kannn? Meh aku nak explain, hehe.

Okay property divided by four; land, house, apartment & condo, shop houses/office lot. Firstly, land. Dia pecah tiga which are agriculture, residential and commercial. Fyi, agriculture punya harga mmg tak banyak laa, residential tinggi laa jugak. So, convert korg punya tanah to residential cepat, hehehehe. Next, property ownership ada dua; freehold & leasehold. Freehold ni maknanya forever hak kau lah property ni, tapi kalau
leasehold dia ada fixed period of time. Both kinds of investment pun bagus kalau korg nak cuba.


Last but not least, for my opinion laa kan as a student, aku nak jadi kaya and akan cuba utk buat investment to be rich sbb matlamat aku nak tolong org, bantu org yg susah bg dorg opportunities utk berjaya, supaya Islam boleh berkembang ke persada dunia, insyaAllah aamiin. Sekian dulu for this moment, thanks for yr precious time tabarakallah! ^^

Sunday, September 11, 2011

PELIK sangat ke?????

Alhamdulillah,akhirnya saya menemukan juga syair Arab yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga.Syair Ghuraba'..Ya memang Ghuraba'.Satu istilah yang bermaksud ganjil/pelik/asing namun tidak asing lagi dalam dunia Islam.Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda"

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]



Adakah semua orang Islam itu Ghuraba'. Dalam hadis di atas,Nabi menyebutkan bahawa Ghuraba' ini adalah satu golongan yang bertuah. Ini menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja daripada umat nabi yang menjadi bertuah.Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan daripada Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.

Satu persoalan yang ingin dilontarkan kepada para pembaca.
Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam??? 
Di Saat:
-orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing
-kawan-kawan yang seangkatan dengan kita menjerumuskan diri dalam cinta duniawi
-orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama
-zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata.



Jika PERNAH,maka anda adalah orang yang beruntung!!!

Di sini saya ingin berkongsi Syair Ghuraba' kerana saya tidak bercadang untuk mengulas istilah ini dengan lebih panjang...
Hayatilah dan renungilah.



ليس الغريب هو الذي فارق الديار وودّع الأهل
Bukanlah seorang asing itu, orang yg meninggalkan rumah dan keluarganya


ولكن الغريب هو الذي يجٍدّ والناس من حوله يلعبون

Tetapi  orang yang asing itu adalah seorang yang sentiasa bersungguh2

sedangkan manusia di sekelilingnya masih bermain-main

ويصحو والنّاس من حوله ينامون
Insan yg sedar (jiwanya), sedangkan manusia di sekitarnya masih terlena


ويسلك درب الخير والناس في ضلالهم يتخبّطون
Yang menyelusuri jalan kebaikan, sedangkan manusia masih bingung dalam kesesatan mereka

وصدق الشّاعر حيث يقول

 Benarlah kata sang pujangga saat ia berkata


قال لي صاحبٌ أراك غريبا....
 Seorang kenalan berkata padaku: " Kulihat kamu ini seorang yang asing (pelik)

...بين هذا الانام دون خليلِ
 Di kalangan manusia tanpa seorang teman "

قلت كلاّ..........بل الانام غريب 
 Kataku: Tidak, bahkan manusia itu yang sebenarnya yang pelik

...انا في عالمي وهذا سبيلي
Sedang aku berada dalam alamku sendiri, dan inilah jalanku

هذا هو الغريب
 Inilah dia sebuah keterasingan

غريبٌ عند العابثين من البشر....
 Kelihatan asing bagi orang ramai di kalangan manusia

.....ولكنّه عند ربه في مقام كريم
Tetapi di sisi Tuhannya ia punya kedudukan yang mulia



Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup..
  غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup..
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود


Kami tidak peduli dengan belenggu Bahkan Kami akan terus melanjutkan selamanya
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود


Kami tidak peduli dengan belenggu Bahkan Kami akan terus melanjutkan selamanya
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
Maka mari kita berjihad, bertempur dan berperang sedari awal..
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
Maka mari kita berjihad, bertempur dan berperang sedari awal..
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghuraba..adalah orang-orang yang merdeka di dunia yang diperbudak..
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
Seberapa kali kami ingat, hari ketika kami merasa bahagia…
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
Demi KItab Allah, yang kami baca di waktu pagi dan petang hari..
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
Seberapa kali kami ingat, hari ketika kami merasa bahagia…
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
Demi KItab Allah, yang kami baca di waktu pagi dan petang hari..
-------------------------------------------------


Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup.. 
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup..
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
-------------------------------------------------

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء


Selamat membaca dan renung-renungkanlah....Komen amat dialu-alukan..





Tuesday, August 30, 2011

PERMATA YANG HILANG DI BUMI KELANTAN


 Tepat jam 1300,lenyap dan hilanglah satu permata yang menyinari Kelantan secara khususnya dan Malaysia umumnya.Pemergian Tuan Guru Haji Hashim Bin Abu Bakar merupakan satu kehilangan yang tiada penggantinya buat semua.Dijangkakan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan bersama Menteri Besar Kelantan akan hadir dalam upacara sembahyang jenazah dan pengkebumian..

Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan satu hadis tentang pemergian seorang ulama' itu merupakan satu kecacatan bagi kita:
"Meninggalnya seorang 'alim itu adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan dan kekurangan yang tidak dapat ditampal.Meninggalnya seorang alim umpama bintang yang hilang sinarnya.Meninggalnya satu kelompok manusia jauh lebih ringan daripada meninggalnya seorang alim."
(Riwayat Abu Daud,Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)





Perginya seorang ulama, bererti hilanglah sebahagian ilmu, Abdullah bin ‘Amr bin Ash meriwayatkan sebuah hadits:
"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan."


(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Tok Guru meraikan & mendoakan tetamu yang datang ke rumahnya.


Wafatnya ulama, bererti hilanglah satu bintang yang menjadi petunjuk kepada umat, terlebih lagilah ulama dari kalangan ahlulbait. Mereka seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan
[Hadis riwayat Imam Ahmad]


KDYMM Tuanku Sultan Kelantan & Tok Guru

Dinyatakan dalam kitab Ittihaf As-Sadah Al-Muttaqin 'Ala Syarh Ihya' Ulumuddin karangan Al-Allamah Sayyid Murtadha Az-Zubaidi bahawa kewafatan ulama' itu ditangisi penduduk bumi seperti binatang,tumbuhan dan lain-lain.Hal ini kerana Ulama'lah yang mengajarkan manusia hukum-hukum berburu,menyuruh manusia berlaku Ihsan dengan setiap makhluk Allah.

Tujuan penulisan ini hanyalah kerana berpegang dengan hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم daripada Sayyidina Abdullah Bin Umar:
"Tuturkanlah kebaikan-kebaikan orang yang wafat dari kalangan kamu dan tahanlah diri kalian daripada menuturkan kejahatan mereka."
[Hadits riwayat Abu Daud,Al-Hakim dan al-Baihaqi]
Ditambah pula beliau merupakan seorang ulama' besar.




Syeikh Nuruddin & Tok Guru

Habib Umar & Tok Guru



Qaddasallahu sirrahu wa nawwara darihahu wa hasyarahu ma'a assolihin.


Al-Fatihah


p/s   :hormatilah dan sayangilah Ulama',mungkin peranan mereka kecil pada kerajaan dunia namun di sisi Allah siapa yang tahu....renung-renungkan