Sunday, March 28, 2010

Kenali Ulama' Kita

Alhamdulillah,kali ini saya berkesempatan untuk berkongsi satu post yang menarik setelah lama menyepi.Sejak menjalani cuti di rumah(kelantan) setelah tamat semester kedua,saya agak kurang mem"publish post" disebabkan kelemahan diri ini dalam menguruskan masa..

"Posting" kali ini amat menarik kerana ia menceritakan ttg seorang Ulama besar di bumi kinanah yang banyak meriwayatkan hadis dan dalam masa yang sama merupakan ketua jabatan bedah di sebuah pusat perubatan di Mesir.Apa yang menarik perhatian saya tentang beliau ialah apabila membahaskan sesuatu perkara khususnya permasalahan agama,jelas kelihatan kejaguhan beliau dengan mengeluarkan dalil dan keterangan yang agak memuaskan.Beliau ini bukanlah semacam golongan "protaz" yang muncul pada zaman ini yang mana pendapat mereka agak janggal dan dalam keadaan yang tidak disedari,mereka telah melakukan jenayah intelektual dan biadap terhadap para ulama' yang mana ketokohan mereka telah diakui oleh kawan dan lawan.

Tulisan ini bukanlah sebagai satu pengkultusan terhadap mana-mana pihak(wala uzakki 'alallahi ahada),tetapi ia adalah sebagai satu penyaksian yang berani dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t.Saya selalu mengikuti majlis ilmunya dalam laman web Mufti Besar Mesir dan cerita tentang beliau saya selalu dengari daripada mulut guru talaqqi yang pernah bertalaqqi dengan beliau.Di sini,saya sertakan biodata beliau yang diambil daripada anak muridnya(al-akh alkarim luqman).
____________________________________________________________________


Nama penuh guru kita yang mulia ini ialah Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama'ah, bermazhab Syafi'ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli.

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang 'Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية (tak tau pembedahan apa, sapa2 tau bagitau yer) juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam 'Pembedahan Am' juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada tahun 1997.

Beliau mula menghafaz al-quran dengan riwayat Hafs 'an 'Asim semasa dalam pengajian di kulah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran al-kareem di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985. Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلَّم melalui Saidina Jibril alaihissalam dari Luh Mahfuz dari Allah سبحا نه وتعالى .

Beliau mempunyai ramai guru dalam disiplin ilmu agama, antaranya:

1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto' Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978)

2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti'ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu' bisyarhil al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari dan kitab-kitab fiqh Syafi'ie, beliau juga mendapat sanad hadis dan fiqh ketika pengajian di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamaa-il lit-Tirmizi, al-Muwatto' Imam Malik, al-Luma' fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir sekarang). Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.

4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang dari ulama Al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah darinya.

5. Syeikh Isma'il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid Al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto' dan tafsir sebahagian surah dari al-Quran. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.

6. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Nuruddin Ali Jum'ah hafizahullah (Mufti Mesir sekarang), juga sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.


7. Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah (foto kanan)

8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani

rahimahullah.

9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa'iets al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddis dan musnid Iskandariah.

10. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Muhammad Rabi'e al-Jauhari hafizahullah (mantan Dekan Kuliah Usuluddin, Univ. al-Azhar).

11. Fadhilat as-Syeikh al-Habib Ali al-Jufri hafizahullah

12. Fadhilat al-Ustaz Hassan Osman hafizahullah.

dan ramai lagi guru-guru beliau.



Dr. Yusri sedang melakukan pembedahan


Jawatan beliau sekarang ialah Penasihat dan Ketua Jabatan Pembedahan Am dan الأوعية الدموية di Hospital Ahmad Mahir at-Ta'limi, Kaherah. Beliau juga merupakan imam dan khatib di Masjid Al-Asyraf, Hayyu al-Muqattam.

"Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati segala amalan beliau."



Rujukan: http://putramanz.blogspot.com/2009/07/jom-kenali-dan-cintakan-ulama-syeikhuna_22.html