Tuesday, April 20, 2010

NASIHAT SANG GURU


Pada hari kedua keberadaan saya di UIAM PJ,saya merasakan ada satu perasaan mendesak yang menuntut saya mengatur temujanji dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hafizahullah(gambarnya hujung sebelah kiri). Alhamdulillah,kebetulan ustaz agak "free" lalu beliau menyutujuinya dengan senang hati.Pertemuan diatur pada pukul 3.00pm di biliknya.

Bersama sahabat-sahabat yang dikasihi(mac lea,tiqi,pali & badrul) kami menuju biliknya pada waktu yang dijanjikan.Pintu diketuk,salam diucapkan dan kebenaran masuk diminta.Selepas kami mengambil tempat,bicara pun dimulakan.Banyak perkongsian yang dilakukan ustaz tentang permasalahan adab,kesungguhan dalam menuntut ilmu dan beramal dengannya dan banyak lagi.

Ada satu kisah menarik yang dikongsikan ustaz kepada kami tentang Syeikh Al-Fadhil Al-Ustaz Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki Hafizahullah.Ustaz berkata"Syeikh kami Syeikh Fahmi seorang yang amat zuhud semasa zaman pengajiannya.Beliau juga seorang yang amat rajin dalam menuntut imu.Walaupun beliau berasal dari keluarga yang susah,namun perkara tersebut tidak menjadi masalah besar buat beliau.Pengajian tetap diteruskan.Peluang menuntut mutiara hikmah semasa 4 tahun dalam pentarbiyahan Al-Allamah Ad-Dai' Ilallah Syeikh Abul Hasan An-Nadwi Rahimahullah tidak disia-siakan.Beliau juga seorang yang amat aktif dalam menyertai apa jua program dan pertandingan yang dianjurkan.Hal ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyara diri dan mengurangkan beban keluarga dengan saguhati yang diterima.Beliau juga merupakan juru cakap bagi pihak pelajar Asia Tenggara.Berkat daripada kesusahan yang dihadapi,Syeikh Fahmi pada hari ini merupakan orang yang mendapat tempat di hati para pencinta ilmu dan ulama'."

Semasa Ustaz menceritakan kisah ini,saya teringat kisah perjalanan menuntut ilmu Imam Nawawi Rahimahullah.Kisah ini diceritakan Syeikh Fahmi Hafizahullah semasa mensyarahkan kitab Fathul Qarib al-Mujib 'ala Tahzib al-Taghrib wal Tarhib oleh Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Hasani al-Maliki.Semasa menuntut ilmu,Imam Nawawi yang berada di Damascus menerima tanggungan sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya.Beliau hanya mempunyai sepasang pakaian yang dijahit ibunya dan hanya memakan sekeping roti dan meminum segelas air dalam sehari.Begitulah kehidupan Imam Nawawi sehinggalah beliau dijemput Ilahi.

Kedua-dua kisah diatas mempunyai persamaan.Konklusinya,Ulama' itu terpaksa menghadapi banyak kesusahan untuk menjaga harta peninggalan Nabi Muhammad S.A.W.(Ilmu..seperti dinyatakan dalam satu hadis bahawa para nabi tidaklah mewariskan harta tetapi mereka mewariskan ilmu).Mereka tidak meminta untuk dihormati,tetapi kita yang mengambil manfaat daripada mereka seharusnya mencintai dan menghormati mereka.Merekalah yang sepatutnya disokong dan dicontohi.Kita tidak akan rugi sekiranya suhbatul(mendampingi) ulama' kerana ia merupakan jalan untuk mendapat ilmu seperti dinyatakan Imam As-Syafii Rahimahullah.

2 comments:

  1. ya akh..ustaz muhadir merupakan tuan guru kami dalam majlis ilmu di talaqi

    ReplyDelete
  2. ye,,,kalo xde ust muhadir mke xdelah talaqqi kat uia...sme2lah kte doakn bliau agr dberi kkuatn utk mghdpkn mjls2 yg sbegini...allahumma amin....

    ReplyDelete