Wednesday, April 21, 2010

Sedetik Bersama Syeikh Wazir Hafizahullah.














Petang tadi,saya telah membuat temujanji dengan Syeikh Wazir Hafizahullah(gambarnya hujung sebelah kiri) untuk bertemu beliau selepas daripada pengajian kitab Aqidah Ahlus Sunnah(karangan bekas Mufti Sabah Al-Fadhil Syeikh Hj, Said Ibrahim).Selepas pengajian,kami bertolak ke sebuah restoran untuk berbincang sambil manjamu selera.Sebaik sahaja selesai daripada menjamu selera,Syeikh Wazir pun memulakan bicaranya yang bermanfaat.




Bicaranya itulah yang bernilai kepada saya dan kawan-kawan(Thoriq dan Hatim) sebagai penuntut ilmu.Hal ini kerana beliau merupakan diantara ulama' yang mempunyai reputasi yang tinggi.Ketokohannya dalam ilmu memang tidak dapat disangkal lagi.Manakan tidak,beliau pada masa mudanya pernah menyelam dalam lautan ilmu para ulama' yang berada di Makkah seperti Musnid Ad-Dunya Syeikh Yasin Al-Fadani(bertalaqqi di Madrasah Saulatiyyah dan di rumah Syeikh Yasin),Sultan Al-Ulama' Syeikh Hasan Masyath,Al-Alim Al-Allamah Sayyid 'Alawi Al-Maliki dan lain-lain.Tambahan lagi,individu yang hadir dalam majlis ilmunya merupakan guru-guru yang saya dan rakan-rakan bertalaqqi kepada mereka.

Pada awal bicaranya,beliau menceritakan tentang pengalamannya belajar kepada Al-Allamah Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili(pengarang kitab Penawar Bagi Hati yang masyhur) ketika berumur belasan tahun.Syeikh Abdul Qadir merupakan ulama' yang menghabiskan umurnya dengan mengajar.Boleh dikatakan setiap hari selepas Isya' ada sahaja majlisnya di Masjid Al-Haram.Ketika majlisnya berlangsung,semua ulama tanah melayu(seperti Syeikh Abdul Karim Al-Banjari) akan bertumpu kepadanya.Hal ini kerana pengajarannya mudah difahami oleh semua peringkat ilmu dan usia.Ada satu nasihat yang dilontarkan secara khusus kepada Syeikh Wazir semasa guru kami menziarahinya.Beliau berkata"kalau kamu hendak mengajar pada suatu hari nanti,kamu hendaklah sekurang-kurangnya merujuk kepada 3 buah kitab berasingan".Inilah rahsia Syeikh Abdu Qadir yang membuatkan pengajarannya mudah difahami.

Selain daripada itu,guru kami juga menceritakan pengalamannya bersama Al-Allamah Syeikh Al-Usuli Pak Do 'Eil Al-Fathani(pengarang kitab Bakuratul Amani yang masyhur). Beliau sempat mengkhatamkan kitab Bakuroh dengan pengarangnya sendiri.Syeikh Pak Do 'Eil merupakan ulama' yang tegas walaupun tubuhnya kecil.Pemahamannya amat jitu dalam ilmu usuluddin dan seorang yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis.Di dalam majlis ilmunya,beliau tidak suka jika tiada soalan yang dilontarkan dengan berkata"kamu ni sudah alimkah sampaikan takde soalan yang nak ditanya".Kalau ada soalan yang dilontarkan dan soalan itu amat mudah,beliau akan menegur dengan berkata"boleh tak kamu bagi soalan yang susah yang boleh menyebabkan aku berfikir".

Perbualan kami bertambah rancak.Seterusnya,guru kami menceritakan pengalamannya ketika menuntut kepada Al-Alim Al-Allamah Sayyid 'Alawi Abbas Al-Maliki kitab Sahih Bukhari.Beliau menuntut dengan Sayyid 'Alawi ketika usianya masih belasan tahun dan beliau merupakan penuntut termuda.Rata-rata yang hadir dalam majlis ilmu Sayyid Alawi adalah Ulama'-ulama' besar(seperti Syeikh Abdullah Al-Lahji).Sebaik sahaja Sayyid 'Alawi terpandang guru kami,belaiu memanggilnya(dengan berkata Qarrib Ilayya) untuk duduk dihadapan.Hal ini kerna Sayyid 'Alawi amat mengasihi orang muda.Tetapi guru kami teragak-agak untuk melangkah kerana dihadapannya ulama'-ulama' besar sehinggalah seorang arab berkata"ruh,as-syeikh yizhamak".Selepas berada dihadapan,Sayyid 'Alawi menyuruh guru kami duduk dihadapannya pada setiap pengajian.Diantara kelebihan Sayyid Alawi,beliau mengajar dan menyebut perawi dan matan hadis tanpa melihat kepada kitab walaupun kitab dihadapannya.

Sebenarnya,banyak lagi perkara yang dikongsikan oleh guru kami tetapi saya memilih menyatakan sebahagiannya sahaja.Ini kerana saya tidak suka memanjangkan coretan saya sehingga menimbulkan perasaan jemu para pembaca.Pengajaran yang paling besar daripada perkongsian ini ialah kita janganlah memutuskan hubungan dengan para ulama'.Sama-samalah kita dampingi dan berkhidmat kepada mereka kerana kita akan mendapat manfaat yang besar.

Insyaallah dalam post seterusnya akan dikupas dengan lebih lanjut tenteng kelebihan ilmu dan ulama'.

1 comment: