Objektif utama yang amat diharapkan untuk dicapai daripada program ini adalah mencungkil bakat kepimpinan yang sudah sedia ada dalam diri peserta tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan.Secara zahirnya objektif ini agak mustahil untuk dicapai dalam jangka masa 3 hari 2 malam,namun berbekalkan keazaman yang menggunung tinggi serta doa munajat yang tidak putus kepada Ilahi digagahkan diri ini untuk merealisasikannya.Tambahan pula,inilah program pertama kami yang mana pesertanya ialah multi-level dari segi umur,pemahaman dan pemikiran.
Program ini amat menduga pemikiran dan pengalaman kami kerana banyak pengisian dan modul yang terpaksa diubah semasa berlangsungnya program walaupun telah di"brainstorm" awal-awal kerana mengambil kira realiti(waqi'ah) adik-adik peserta.Walaupun agak kepenatan,kami sedar bahawa perkara inilah yang akan meningkatkan daya pemikiran kami.Saya dan rakan-rakan fasilitator yang lain dikehendaki untuk mengendalikan 6 LDK dan satu slot khas.
Secara peribadi,banyak perkara berfaedah,pengalaman dan pemahaman yang saya dapat semasa berlangsungnya program ini dan akan saya simpulkan dibawah:
- Golongan muda(ditujukan untuk diri ini juga) memerlukan bimbingan dan perhatian yang lebih daripada golongan yang lebih tua(berpengalaman) sama ada ibu bapa,guru-guru,abang/kakak dan lain-lain kerana mereka mempunyai "ektasi"iaitu kekuatan luar biasa yang amat mendesak untuk melakukan sesuatu sama ada perkara baik atau sebaliknya.Nabi kita Sayyidina Muhammad s.a.w dibangkitkan untuk menyebarkan Islam dan yang menjadi pendamping utamanya adalah golongan muda hasil pentarbiahan baginda sendiri.
- Jiwa golongan muda hendaklah dipupuk dan disemai benih kecintaan kepada pemimpin kita yang paling agung junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang didatangkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi"Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara:cinta akan diriku(Nabi Muhammad s.a.w),cintakan ahli keluargaku dan bacaan Al-Quran ".Ini kerana nabi kita diutuskan untuk menjadi role model dalam segenap aspek kehidupan,namun umat kita pada hari ini buta tentang perjalanan hidup manusia agung ini yang telah mengubah dan mengangkat peradaban manusia pada tahap yang mempunyai nilai di sisi Allah s.w.t.
- Semua pihak khususnya pihak berwajib hendaklah selalu memerah otak mencari inisiatif untuk mengisi jiwa-jiwa pemuda yang ketandusan dari segi nilai diri,ilmu agama dan tujuan hidup.Perkara-perkara seperti yang disebutkan sudah cair dalam benak pemikiran non-muslim dan mereka dilatih untuk hidup bermatlamat.Adakah kita tidak malu dengan mereka?
- Kita orang Islam seharusnya berganding bahu untuk melakukan perkara kebaikan dan perkara yang membawa kepada Taqwa....Ini kerana setiap individu dalam kalangan kita mempunyai kemahiran dan kelebihan yang berbeza.Kemahiran ini apabila disatukan dapat memerangi golongan kuffar yang menindas kaum muslimin.Tetapi sayang seribu kali sayang kerana yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.Moga-moga Allah s.w.t menyatukan diantara hati-hati kita.
- Dan banyak lagi....huhuhu
Akhir sekali,doa saya kepada semua pihak agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan saksama untuk kemaslahatan umat Nabi pilihan Allah ini.Bijahi Sayyidina Muhammadin 'alaihissolatu wassalam,Allahumma wahhid kalimatal muslimin....amin yarabbal alamin.
No comments:
Post a Comment