Wednesday, April 21, 2010

Sedetik Bersama Syeikh Wazir Hafizahullah.














Petang tadi,saya telah membuat temujanji dengan Syeikh Wazir Hafizahullah(gambarnya hujung sebelah kiri) untuk bertemu beliau selepas daripada pengajian kitab Aqidah Ahlus Sunnah(karangan bekas Mufti Sabah Al-Fadhil Syeikh Hj, Said Ibrahim).Selepas pengajian,kami bertolak ke sebuah restoran untuk berbincang sambil manjamu selera.Sebaik sahaja selesai daripada menjamu selera,Syeikh Wazir pun memulakan bicaranya yang bermanfaat.


Tuesday, April 20, 2010

NASIHAT SANG GURU


Pada hari kedua keberadaan saya di UIAM PJ,saya merasakan ada satu perasaan mendesak yang menuntut saya mengatur temujanji dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hafizahullah(gambarnya hujung sebelah kiri). Alhamdulillah,kebetulan ustaz agak "free" lalu beliau menyutujuinya dengan senang hati.Pertemuan diatur pada pukul 3.00pm di biliknya.

Bersama sahabat-sahabat yang dikasihi(mac lea,tiqi,pali & badrul) kami menuju biliknya pada waktu yang dijanjikan.Pintu diketuk,salam diucapkan dan kebenaran masuk diminta.Selepas kami mengambil tempat,bicara pun dimulakan.Banyak perkongsian yang dilakukan ustaz tentang permasalahan adab,kesungguhan dalam menuntut ilmu dan beramal dengannya dan banyak lagi.

Ada satu kisah menarik yang dikongsikan ustaz kepada kami tentang Syeikh Al-Fadhil Al-Ustaz Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki Hafizahullah.Ustaz berkata"Syeikh kami Syeikh Fahmi seorang yang amat zuhud semasa zaman pengajiannya.Beliau juga seorang yang amat rajin dalam menuntut imu.Walaupun beliau berasal dari keluarga yang susah,namun perkara tersebut tidak menjadi masalah besar buat beliau.Pengajian tetap diteruskan.Peluang menuntut mutiara hikmah semasa 4 tahun dalam pentarbiyahan Al-Allamah Ad-Dai' Ilallah Syeikh Abul Hasan An-Nadwi Rahimahullah tidak disia-siakan.Beliau juga seorang yang amat aktif dalam menyertai apa jua program dan pertandingan yang dianjurkan.Hal ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyara diri dan mengurangkan beban keluarga dengan saguhati yang diterima.Beliau juga merupakan juru cakap bagi pihak pelajar Asia Tenggara.Berkat daripada kesusahan yang dihadapi,Syeikh Fahmi pada hari ini merupakan orang yang mendapat tempat di hati para pencinta ilmu dan ulama'."

Semasa Ustaz menceritakan kisah ini,saya teringat kisah perjalanan menuntut ilmu Imam Nawawi Rahimahullah.Kisah ini diceritakan Syeikh Fahmi Hafizahullah semasa mensyarahkan kitab Fathul Qarib al-Mujib 'ala Tahzib al-Taghrib wal Tarhib oleh Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Hasani al-Maliki.Semasa menuntut ilmu,Imam Nawawi yang berada di Damascus menerima tanggungan sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya.Beliau hanya mempunyai sepasang pakaian yang dijahit ibunya dan hanya memakan sekeping roti dan meminum segelas air dalam sehari.Begitulah kehidupan Imam Nawawi sehinggalah beliau dijemput Ilahi.

Kedua-dua kisah diatas mempunyai persamaan.Konklusinya,Ulama' itu terpaksa menghadapi banyak kesusahan untuk menjaga harta peninggalan Nabi Muhammad S.A.W.(Ilmu..seperti dinyatakan dalam satu hadis bahawa para nabi tidaklah mewariskan harta tetapi mereka mewariskan ilmu).Mereka tidak meminta untuk dihormati,tetapi kita yang mengambil manfaat daripada mereka seharusnya mencintai dan menghormati mereka.Merekalah yang sepatutnya disokong dan dicontohi.Kita tidak akan rugi sekiranya suhbatul(mendampingi) ulama' kerana ia merupakan jalan untuk mendapat ilmu seperti dinyatakan Imam As-Syafii Rahimahullah.

Sunday, April 18, 2010

UPNM'S INTERVIEW









Semasa aku tengah bertalaqqi kitab MATLAU'L BADRAIN pada petang 6/4/10 dengan guruku Al-Fadhil Al-Ustaz Elias Abdul Jalil
,tiba-tiba masuk dalam inbox telefonku mesej daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) yang menyatakan bahawa aku dipilih untuk menyertai temuduga UPNM sesi akademik 2010/2011.Aku mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang sekali lagi untuk menduga nasibku pada tahun ini.Sejurus selepas itu,aku memaklumkan hal ini kepada ibu dan abangku dan mereka menyuruhku membuat persiapan yang sewajarnya secepat mungkin.

Keesokan harinya,aku memanfaatkan masa seoptimum yang mungkin untuk membeli barang keperluan dan mendapatkan X-ray dadaku serta mendapatkan keperluan yang lain.Alhamdulillah,aku tidak menghadapi apa-apa kesulitan sepanjang proses tersebut kerana sudah dibekali pengalaman lepas.Pada malam itu,aku menghadiri talaqqi kitab Matan Ummul Barahin karangan Imam As-Sanusi Rahimahullah seperti biasa walaupun aku mempunyai komitmen yang lain.Hal ini kerana aku merasakan satu kerugian jikalau masa mudaku tidak disibukkan dengan mendampingi para ulama' dan mendapatkan ilmu mereka.

Seterusnya,pada hari Khamis aku bertolak daripada Kelantan menuju Kuala Lumpur untuk menumpang di rumah abangku yang bertanggungjawab menghantarku.Selepas menumpang selama 2 hari di Kuala Lumpur,kami(aku,abangku,kawan abangku) bergerak menuju Kem Terendak Melaka.Temuduga yang berlangsung selama seminggu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM.

Terdapat banyak perkara yang aku perolehi selama aku berada di kem ini dan menjalani temuduga pemilihan Pegawai Kadet UPNM.Aku akan simpulkan dalam bentuk point-point ringkas agar senang difahami bagi yang membacanya:

  • Sepanjang aku mengenali dunia ketenteraan,inilah kali pertama aku menjumpai seorang pegawai tentera dari perkhidmatan darat Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkat Left. Kolonel yang bercakap secara jelas tentang hakikat dan keindahan Islam.Sebelum ini terdapat juga pegawai-pegawai yang bercakap tentang Islam tetapi secara samar-samar.Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah tentang Sujud syukur, sunnah-sunnah nabi dalam kehidupan seharian,kematian,redha dengan qada' dan qadar Allah dan .Kelihatan semua audien terpaku terhadap beliau kerana terkejut(pada pengamatanku) bagaimana seorang pegawai tentera daripada Rejimen Infantri boleh bercakap tentang agama.Antara kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku ialah"apabila kamu sudah berjaya dalam temuduga ini,kamu sebagai orang Islam hendaklah sujud syukur kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kamu dan hendaklah berdoa kepada Allah agar kamu sentiasa dirahmati Allah sepanjang berada dalam karier ini".
  • Aku mendapat ramai kenalan yang mempunyai pelbagai watak.Ada yang bersahaja, ganas,kelakar,berhati lembut dan pendiam.Aku juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan beberapa individu yang sama umur denganku tetapi berbeza latar belakang.Apa yang aku ingin ketengahkan disini ialah 2 pandangan daripada 2 individu yang berlainan.Kedua-dua pandangan ini berkisar tentang erti persahabatan.Individu pertama berkata"Apabila kita bersahabat,kita jangan pandang kebaikan atau keburukan diri mereka(tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya).Apa yang kita perlu pandang ialah diri mereka.Secara logiknya,tiada satu kuantiti fizik yang boleh digunakan untuk menghukum(judge) manusia.Oleh itu,kita tidak berhak untuk menghukum sesiapa kecuali Allah s.w.t sahajalah yang berhak".Individu ke-2 pula berkata"aku tak kisah kalau orang pandang rendah kat aku,tapi 'once' diorang dah kenal aku,masa itulah aku akan buktikan diri aku sampai hati mereka tidak mudah memandang rendah terhadap orang lain".Ketika ini,aku hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka kerana benda ini secara praktikalnya masih terlalu baru buat diriku.
  • Pada hari ke-6,aku terjumpa seorang Koperal dari Pasukan Gerak Khas(komando;berada dalam perkhidmatan ini selama 10 tahun) yang sedang menunggu anaknya.Ketika itu,aku dan kawan-kawan sedang menjamah kuih dan minuman pagi.Peluang ini tidak aku sia-siakan untuk bertanyakan soalan cepumas.Antara soalan yang diajukan kepada beliau ialah"Betul ke cik latihan komando ni boleh membuatkan kita menjadi separuh gila?".Namun,jawapan yang aku perolehi tidak aku duga.Beliau berkata"Semua latihan ketenteraan ini bertujuan untuk membuatkan kita menjadi lebih baik dan berdisiplin.Semua latihan ini adalah baik untuk kita.Kita kena ingat bahawa segala kebaikan adalah berpunca daripada Allah manakala semua kelemahan berpunca daripada diri kita yang serba lemah ini".
Alhamdulillah semasa keputusan diumumkan pada sesi akhir temuduga,aku termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya.Sesungguhnya, ketika ini hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hatiku ini.

Mungkin ini sahaja perkongsian yang aku boleh catatkan dalam ruangan ini.Terdapat banyak pengalaman yang ingin aku kongsikan namun dek kekangan masa dan tugas dan ditambah pula dengan kesukaran yang aku hadapi untuk menterjemahkan pengalamanku dalam bentuk bertulis,ini sahaja hasilnya.Moga-moga bermanfaat untuk santapan mereka yang mencari sesuatu kelainan dalam dunia ketenteraan.


Allahummahdina lissadadi wassowab bijahi nabiyyikal mustafa warasulikal mujtaba.

Sunday, April 4, 2010

Pemergian Yang Ditangisi


Sebaik sahaja selesai talaqqi bersama Al-Fadhil Ustaz Fuad Bin Amran hafizahullah malam kelmarin,beliau mengkhabarkan satu khabar sedih iaitu kewafatan Baqiyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, al-Quthub al-Imam al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf (1331/1911 - 1431/2010) pagi Ahad di Jeddah.Sebaik sahaja dikhabarkan berita yang sedemikian,diri ini menghela nafas yang panjang kerana agak terkejut dengan pemergian seorang pendidik(murabbi) yang besar jasanya dalam bidang keilmuan dan dakwah.

Walaupun diri ini tidak pernah berjumpa dan mengaji dengan beliau,pemergiannya dirasakan sebagai pemergian yang amat besar.Manakan tidak,kebanyakan Ulama' yang ajilla' zaman ini seperti Al-'Alim Al-'Allamah Muhaddis Al-Hijaz Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki,Al-Allamah As-Syeikh Habib Umar Bin Hafiz,Al-Allamah Habib Ali Al-Jufri dan banyak lagi yang lahir dan tumbuh hasil didikan beliau.Ayah beliau juga(Al-Allamah As-Syeikh Ahmad As-Saqqaf) merupakan guru kepada Musnid Al-'Alam Syeikh Yasin Al-Fadani...Pada masa ini juga,hadis-hadis SOHIH tentang kewafatan para ulama' berlegar dalam kotak fikiran...

Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan satu hadis tentang pemergian seorang ulama' itu merupakan satu kecacatan bagi kita:
"Meninggalnya seorang 'alim itu adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan dan kekurangan yang tidak dapat ditampal.Meninggalnya seorang alim umpama bintang yang hilang sinarnya.Meninggalnya satu kelompok manusia jauh lebih ringan daripada meninggalnya seorang alim."
(Riwayat Abu Daud,Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Perginya seorang ulama, bererti hilanglah sebahagian ilmu, Abdullah bin ‘Amr bin Ash meriwayatkan sebuah hadits:
"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan."
(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Wafatnya ulama, bererti hilanglah satu bintang yang menjadi petunjuk kepada umat, terlebih lagilah ulama dari kalangan ahlulbait. Mereka seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan
[Hadis riwayat Imam Ahmad]

Dinyatakan dalam kitab Ittihaf As-Sadah Al-Muttaqin 'Ala Syarh Ihya' Ulumuddin karangan Al-Allamah Sayyid Murtadha Az-Zubaidi bahawa kewafatan ulama' itu ditangisi penduduk bumi seperti binatang,tumbuhan dan lain-lain.Hal ini kerana Ulama'lah yang mengajarkan manusia hukum-hukum berburu,menyuruh manusia berlaku Ihsan dengan setiap makhluk Allah.

Tujuan penulisan ini hanyalah kerana berpegang dengan hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم daripada Sayyidina Abdullah Bin Umar:
"Tuturkanlah kebaikan-kebaikan orang yang wafat dari kalangan kamu dan tahanlah diri kalian daripada menuturkan kejahatan mereka."
[Hadits riwayat Abu Daud,Al-Hakim dan al-Baihaqi]
Ditambah pula beliau merupakan seorang ulama' besar.

Qaddasallahu sirrahu wa nawwara darihahu wa hasyarahu ma'a assolihin.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

Thursday, April 1, 2010

Mukhayyam Qiadi

Alhamdulillah cuti keputeraan KDYMM Sultan Kelantan(29-31/3/2010) yang baru sahaja tamat semalam dapat saya isi dengan aktivti yang bermanfaat.Cuti itu saya gunakan untuk mengendalikan sebuah program berbentuk kepimpinan bersama kawan-kawan. Program ini melibatkan pelajar lelaki dan perempuan daripada tingkatan satu,dua dan tiga berjumlah sebanyak 120 orang.Sasaran utama yang amat diharapkan ialah penghuni Pondok Tok Ayah Kedah SMU(A) Tarbiah Mardiah.Pada kali ini,kawasan tepian pantai dipilih untuk dijadikan tempat berlangsungnya program.

Objektif utama yang amat diharapkan untuk dicapai daripada program ini adalah mencungkil bakat kepimpinan yang sudah sedia ada dalam diri peserta tanpa mengenepikan nilai-nilai keagamaan.Secara zahirnya objektif ini agak mustahil untuk dicapai dalam jangka masa 3 hari 2 malam,namun berbekalkan keazaman yang menggunung tinggi serta doa munajat yang tidak putus kepada Ilahi digagahkan diri ini untuk merealisasikannya.Tambahan pula,inilah program pertama kami yang mana pesertanya ialah multi-level dari segi umur,pemahaman dan pemikiran.

Program ini amat menduga pemikiran dan pengalaman kami kerana banyak pengisian dan modul yang terpaksa diubah semasa berlangsungnya program walaupun telah di"brainstorm" awal-awal kerana mengambil kira realiti(waqi'ah) adik-adik peserta.Walaupun agak kepenatan,kami sedar bahawa perkara inilah yang akan meningkatkan daya pemikiran kami.Saya dan rakan-rakan fasilitator yang lain dikehendaki untuk mengendalikan 6 LDK dan satu slot khas.

Secara peribadi,banyak perkara berfaedah,pengalaman dan pemahaman yang saya dapat semasa berlangsungnya program ini dan akan saya simpulkan dibawah:
  • Golongan muda(ditujukan untuk diri ini juga) memerlukan bimbingan dan perhatian yang lebih daripada golongan yang lebih tua(berpengalaman) sama ada ibu bapa,guru-guru,abang/kakak dan lain-lain kerana mereka mempunyai "ektasi"iaitu kekuatan luar biasa yang amat mendesak untuk melakukan sesuatu sama ada perkara baik atau sebaliknya.Nabi kita Sayyidina Muhammad s.a.w dibangkitkan untuk menyebarkan Islam dan yang menjadi pendamping utamanya adalah golongan muda hasil pentarbiahan baginda sendiri.
  • Jiwa golongan muda hendaklah dipupuk dan disemai benih kecintaan kepada pemimpin kita yang paling agung junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang didatangkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi"Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara:cinta akan diriku(Nabi Muhammad s.a.w),cintakan ahli keluargaku dan bacaan Al-Quran ".Ini kerana nabi kita diutuskan untuk menjadi role model dalam segenap aspek kehidupan,namun umat kita pada hari ini buta tentang perjalanan hidup manusia agung ini yang telah mengubah dan mengangkat peradaban manusia pada tahap yang mempunyai nilai di sisi Allah s.w.t.
  • Semua pihak khususnya pihak berwajib hendaklah selalu memerah otak mencari inisiatif untuk mengisi jiwa-jiwa pemuda yang ketandusan dari segi nilai diri,ilmu agama dan tujuan hidup.Perkara-perkara seperti yang disebutkan sudah cair dalam benak pemikiran non-muslim dan mereka dilatih untuk hidup bermatlamat.Adakah kita tidak malu dengan mereka?
  • Kita orang Islam seharusnya berganding bahu untuk melakukan perkara kebaikan dan perkara yang membawa kepada Taqwa....Ini kerana setiap individu dalam kalangan kita mempunyai kemahiran dan kelebihan yang berbeza.Kemahiran ini apabila disatukan dapat memerangi golongan kuffar yang menindas kaum muslimin.Tetapi sayang seribu kali sayang kerana yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.Moga-moga Allah s.w.t menyatukan diantara hati-hati kita.
  • Dan banyak lagi....huhuhu
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur khususnya Al-Fadhil Ust. Najmudin Bin Abdullah,pihak urus setia,sahabat-sahabat fasilitator(mey,ade,din n thoriq) dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Jazakumullahu khairal jaza'.

Akhir sekali,doa saya kepada semua pihak agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan saksama untuk kemaslahatan umat Nabi pilihan Allah ini.Bijahi Sayyidina Muhammadin 'alaihissolatu wassalam,Allahumma wahhid kalimatal muslimin....amin yarabbal alamin.