Ukhuwwah dalam islam merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat islam antara satu sama lain.Ia merupakan ikatan Rabbani yang mengikat antara hati mereka dan merupakan jalinan yang erat untuk bertaqarrub kepada Allah.Ukhuwwah merupakan ikatan iman yang paling kukuh dan erat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
"Ikatan iman yang paling kuat ialah berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah"
Dalam islam,ukhuwwah merupakan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha untuk memperkuatkan binaan masyarakat islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya.
Islam amat memerlukan supaya ikatan ukhuwwah dapat diperdalamkan semoga dengan ikatan mendalam ini Islam dapat menjadi satu bangunan yang kuat yang saling taut menaut antara satu sama lain atau menjadi satu jasad yang akan mengadu kesakitan apabila salah satu anggota diserang penyakit.
Terdapat beberapa hak dan kewajipan yang praktik yang menjadi tanggungjawab ke atas kita untuk dilaksanakan seperti mana yang digariskan oleh syariat kita yang mulia:
- Ukhuwwah yang dijalinkan mestilah dapat menolong untuk melakukan usaha-usaha ketaatan kepada Allah seperti mana yang disabdakan oleh nabi Muhammad s.a.w:
"Sesiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan yang banyak,Allah akan menganugerahkannya teman yang soleh.Seandainya belia lupa (temannya itu) akan memperingatkannya dan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya." - Ukhuwwah merupakan kerjasama di sudut kejiwaan,merasakan keperluan-keeprluan saudaranya dan berusaha untuk menunaikan keperluan tersebut.Hal ini telah dijelaskan dalam sabdaan nabi Muhammad s.a.w: "Sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluan saudaranya (dan Baginda memberikan isyarat dengan jejarinya) adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan."
- Ukhuwwah merupakan tanggungjawab sosial yang merngkumi beberpa kewajipan yang ringkas.Yang terpenting daripada tanggungjawab tersebut ialah seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w: "Hak seorang muslim ke atas muslim lain adalah enam perkara:-Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam-Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya-Apabila beliau meminta nasihat hendaklah engkau menasihatinya-Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah hendaklah engkau menyebut Yarhamukallah-Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya-Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya."
- Ukhuwwah dalam Islam merupakan satu kemesraan,kasih sayang dan saling membantu.Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu memutuskan silaturrahim,jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu membenci,jangan kamu berhasad dengki.Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.Tidak harus bagi muslim meninggalkan bertegur sapa dengan saudaranya melebihi 3 hari." "Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya di antara kebaikan itu kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan air daripada bejanamu ke dalam bejana saudaramu."
- Ukhuwwah merupakan keghairahan dan kesetiaan.Sabdaan Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya,Allah akan menjauhkan api neraka daripada mukanya pada hari kiamat kelak." "Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuannya adalah doa yang dimustajabkan,disisinya seorang malaikatyang diwakilkan.Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya malaikat yang diwakilkan itu akan berkata:"Amin dan bagimu seperti itu jua."
Akhir sekali,saya ingin mengajak dan menyeru sesiapa sahaja yang mengenali diri ini agar sama-sama kita dapat mengukuhkan ukhuwwah fillah dan moga-moga ukhuwwah yang kita bina ini dapat menjadi hujah kepada kita ketika menerima pengadilan Allah di Akhirat kelak......
Wallahu'aalam wa'ilmuhu atam.
No comments:
Post a Comment