Sunday, August 28, 2011

TAJUK YANG RAHSIA!!!


Sedar tak sedar,rupa-rupanya kita sudah berda di penghujung Ramadhan.Ramadan ialah satu bulan yang mana kedatangannya dinanti-nanti dan pemergiannya ditangisi.Namun,kita masih lagi berpeluang untuk menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.Di sini,saya ingin kongsikan sebuah perkongsian tentang perjalanan ramadan yang saya lalui.

1) Ramadan kali ini agak mencabar kerana saya sebagai Pegawai Kadet hendaklah mengikuti latihan ketenteraan perkhidmatan dan menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim untuk berpuasa di bulan Ramadan.Letih tak letih,dua-dua kena jalan.Jadual latihan agak padat sehinggakan setiap masa yang luang akan digunakan sebaiknya untuk berehat.Biasalah,kalau nak fikir penat semua orang pun penat dan semua orang pun bekerja.Namun,hati ini dikuatkan juga untuk memenuhi tuntutan cita-cita dan dalam masa yang sama 
tidak mengabaikan tuntutan agama.





2) Latihan Jasmani,Kawad dan Kelas senjata,itulah rutin harian kami.Yang BMI lebih pun dah kurus dan muka yang comel molek pun dah gelap.Bak kata seorang senior "the evening marching under the unforgiving sun was really torturing. hot like hell man!!! i came back from class and took a 30 minutes nap. i slept do deeply and so reluctant to put on my boots to go marching.  i respect my muslim friends who fast but still continue training without any excuse. it takes all u have to survive the military training, pushing your body to the limit during this Holy month will prove that u are not made of taufu. "Walaupun aktiviti ini amat memenatkan,kami akur dan patuh kerana ini semuanya adalah untuk kebaikan kami.Akhirnya sekarang sudah sampai masa-masa yang dinantikan..Balik kampung time.

KAWAD KAKI 1100-1230


SENYUM..NAK BALIK KAMPUNG DAH NI




3) Satu lagi perkara yang 'menarik' ialah pemeriksaan bilik oleh pegawai-pegawai dan senior.Yang menariknya ialah kami hendaklah memastikan bilik berada dalam keadaan yang 'tip top'.Habuk licin,tandas kering & bersinar,benda yang sepatutnya putih mestilah putih dan yang asalnya hitam mestilah hitam,cadar tegang dan semua kelangkapan di 'lay out' dengan kemas.Perkara ini mengajar kami erti kebersihan walaupun dalam apa jua keadaan dan mampu melakukan yang terbaik dalam apa jua keadaan.Cakap banyak pun tak guna,let the pictures describe everything.
KATIL YANG DI "STRETCH"


ALAT-ALAT KEKEMASAN DIRI DI "LAY OUT"







TANDAS KERING


BAJU DISUSUN


PANDANGAN DARI LUAR RUMAH


4) Problem,masalah dan ujian.Bukan hendak mengeluh,tetapi ingin menyatakan perkara yang sebenar.Saya diuji dengan bermacam-macam "peristiwa" yang menyebabkan fikiran saya berfikir lebih kehadapan.Prinsipnya ialah,UJIAN HIDUP IALAH SATU DIDIKAN LANGSUNG DARIPADA ALLAH.Sedih tak sedih,suka tak suka,percaya tak percaya,,,keputusan hendaklah dibuat.Jikalau ada rezeki,Insyaallah keadaan akan berbalik kepada yang lebih baik.Sejak akhir-akhir ini,saya dapati bahawa hidup ini adalah sebuah sekolah yang mana ORANG,SITUASI,KONDISI yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita.Sentiasa ada makna tersirat yang perlu dipelajari.

Akhir kata,selamat hari raya kepada pengunjung2 blog ni..terutama kepada follower2 yg budiman..Semoga Allah menerima segala amalan kita insyaallah.

14 comments:

  1. nice.. penatnye kalu sy jadi awak... tpi xpela.. semuanya bolh dijadikan sebgai 1 semangat :)

    ReplyDelete
  2. wah wah wah.kemas kosai kosai! baguslah ade stand by bed cmtu.tp yg tak bestnye bila sume barang kene terbang.huhu.sabar k

    ReplyDelete
  3. mawa-sume keje penat la..brgntung kpd dri msing2..cg pn penat..ngeee...grau je

    ReplyDelete
  4. kalu tentera mmg xsah pnuh ngn disiplin kan. huhu
    tp nice! dri situ kita blh ajr diri kita dan org lain..
    mmg dugaan kne wat xtiviti lasak time puasa. thniah tuk korang! heee :D

    ReplyDelete
  5. thanks alot fariehan,,nk wat cne..kehendak prkhidmtn

    ReplyDelete
  6. suhana-da scure baik ah brg tu..no wory la..tpi kalo xscre elk2,,slp2 lptop pn trbng.hahaha

    ReplyDelete
  7. btw,tuah rupenye.satu batalion ngn epie la ehk?
    eh,muke burn giler!kah3

    ReplyDelete
  8. a ah..epy navy...blik dye opposite blik sye..bese la tu..time lthn..psni jdi ok blik..

    ReplyDelete
  9. cgku pon penat gk.. hehe keje mne la yg xpenat.. yg penting kena ikhlas..

    ReplyDelete
  10. yeah,,thats the point..hati kena kuat..mental jgn cair..insyaallah..kita akn maintain

    ReplyDelete
  11. tq sarah..nama mcm kak sye plak..ex uia..btw,tq

    ReplyDelete
  12. owhh pegawai kadet ye dekk..xpa, smua tu akan menguatkan smgt adk dlm menjalankan tggjwb & mencapai cita2 :)

    salam aidilfitri ^^

    ReplyDelete
  13. @[sutera kasih]

    btl tu kak,,actually,enjoy je buat sume tu just nk kgsi pglmn..btw,,slamat hri rya..

    ReplyDelete