Wednesday, August 10, 2011

TIPS BLOGGER HEBAT~~~


Pemidato yang hebat bukanlah yang mampu menawan berjuta-juta pendengar yang mendengar pidatonya.


Blogger yang hebat bukanlah seorang blogger yang trafik blognya mencecah beratus ribu sehari.

Usahawan yang hebat bukanlah yang dapat menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam pekerjaannya.



Askar yang hebat bukanlah yang mantap fizikal dan mentalnya.

Ahli sains yang hebat bukanlah yang banyak menemukan penemuan-penemuan yang baru.

Lelaki yang hebat bukanlah yang dapat memenangi hati ramai wanita.

Pelajar yang hebat bukanlah yang dalam setiap peperiksaannya mendapat mumtaz


Sesungguhnya pemidato yang hebat itu adalah dia berpidato itu hanya menyampaikan ayat-ayat Allah.Dia menjadi pemidato yang hebat kerana mencari keredhaan Allah.Kata-katanya membuatkan pendengar mengingati Allah.Membuatkan pendengar menangis mengingati dosa-dosa mereka.Mampu membawa hati-hati yang karat untuk kembali bersih.

Sesungguhnya blogger yang hebat(klik di sini) itu adalah blogger yang setiap artikelnya mengandungi manfaat.Jauh dari maksiat dan sia-sia.Artikelnya yang dapat membuatkan pembaca menyedari kesilapan mereka.Tulisannya membuatkan pembaca sukakan membuat kebaikan dan mengingati kematian.

Sesungguhnya usahawan yang hebat itu tatkala azan berkumandang dia mengingatkan pekerjanya supaya segera solat.Dia menggunakan keuntungannya untuk membantu gerak kerja islam.Sumber pendapatannya datang dari sumber yang halal.Tidak megah dengan kekayaan yang Allah berikan dan bersyukur atas kurniaan itu.


Sesungguhnya lelaki yang hebat itu mampu solat berjemaah 5 kali sehari.Dapat menunaikan solat tahajjud dan dhuha..Dapat menjaga pandangannya dari melihat yang haram.Telinganya menjauhi dari mendengar perkataan yang sia-sia.Lidahnya tidak suka menceritakan dan berbicara perkara yang mengaibkan orang lain.Basah lidahnya bertasbih,berselawat dan beristighfar.Menjauhi dari pergaulan yang bebas.Kulitnya tidak menyentuh yang haram.

Sesungguhnya ahli sains yang hebat adalah yang dekat dengan Allah.Kerana mereka itu adalah saksi terhadap keagungan ciptaan Allah.Seperti kata bijak pandai :Dan pada tiap-tiap ciptaan Allah itu ada petanda yang menunjukkan bahawa Allah itu Esa.



Sesungguhnya askar yang hebat itu dalam kekerasan ada kelembutan.Lembut hati apabila mengingati Allah.Garang seperti singa apabila berhadapan dengan musuh dan seperti kekasih apabila menghadap Allah.Bersyukur kepada Allah dengan kekuatan fizikal yang diberikan untuk menjalankan tanggungjawab.

Sesungguhnya pelajar yang hebat itu belajar kerana Allah.Membuat sesuatu tutorial dan latihan dengan sebaiknya dan mengharapkan keredhaan Allah.Masa belajarnya tidak menganggu kewajipannya kepada Allah.Belajar bersungguh-sungguh.Tidak menghabiskan masanya dengan perkara yang sia-sia.

Tribute to Abe Faris Akmal.

10 comments: