Tuesday, August 9, 2011

SUSAHNYA JADI ORANG ISLAM!!!!!!!




















Susahnya jadi orang Islam.Itu mungkin pandangan sesetengah orang yang lemah pemikirannya tapi masih boleh dibimbing.Biarlah ilustrasi di atas menggambarkan kesusahan yang dihadapi oleh orang Islam khususnya yang berada di negara yang menjadikan sistem bukan Islam sebagai dasar pemerintahan.Kita kena ingat bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

Sebagai motivasi untuk kita,Allah telah  menjanjikan seribu satu malah berjuta-juta infiniti nikmat atas kesusahan yang kita hadapi. Cume batin kita yang tidak nampak nikmat tersebut. Malah kita juga tidak nampak nilainya. Nilai bagi seseorang amat berbeza. Nilai islam bagi yang benar benar islam pasti akan rasa ia sangat berharga. Bagi yang 'kurang Islam' hanya mengatakan ia adalah menyusahkan.

contohnya: bagi seorang budak kecil di berikan pilihan gula gula dengan duit sepuluh ringgit. pastilah dia memilih gula gula walaupun duit sepuluh ringgit itu boleh membeli lebih banyak gula gula. kerana penilaian bagi seorang budak begitu. baginya gula gula lebih sedap dari duit sepuluh ringgit.     

begitu juga bagi muslim. dia melihat pahaaa dan redha Allah itu lebih jauh bernilai daripada segala keseronokan di dunia ini. tidak hairanlah jika di luar negara mereka bermati matian memperjuangkan hak islam seperti bertudung dan mempertahankan masjid al aqsa.

penilaian kita pula bagaimana?Sama-Samalah kita renungkan....
RAMADAN KAREEM KEPADA PAMBACA-PEMBACA YANG BUDIMAN...

2 comments: