Tuesday, August 30, 2011

PERMATA YANG HILANG DI BUMI KELANTAN


 Tepat jam 1300,lenyap dan hilanglah satu permata yang menyinari Kelantan secara khususnya dan Malaysia umumnya.Pemergian Tuan Guru Haji Hashim Bin Abu Bakar merupakan satu kehilangan yang tiada penggantinya buat semua.Dijangkakan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan bersama Menteri Besar Kelantan akan hadir dalam upacara sembahyang jenazah dan pengkebumian..

Sayyidina Abu Darda' meriwayatkan satu hadis tentang pemergian seorang ulama' itu merupakan satu kecacatan bagi kita:
"Meninggalnya seorang 'alim itu adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan dan kekurangan yang tidak dapat ditampal.Meninggalnya seorang alim umpama bintang yang hilang sinarnya.Meninggalnya satu kelompok manusia jauh lebih ringan daripada meninggalnya seorang alim."
(Riwayat Abu Daud,Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)





Perginya seorang ulama, bererti hilanglah sebahagian ilmu, Abdullah bin ‘Amr bin Ash meriwayatkan sebuah hadits:
"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan."


(Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Tok Guru meraikan & mendoakan tetamu yang datang ke rumahnya.


Wafatnya ulama, bererti hilanglah satu bintang yang menjadi petunjuk kepada umat, terlebih lagilah ulama dari kalangan ahlulbait. Mereka seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan
[Hadis riwayat Imam Ahmad]


KDYMM Tuanku Sultan Kelantan & Tok Guru

Dinyatakan dalam kitab Ittihaf As-Sadah Al-Muttaqin 'Ala Syarh Ihya' Ulumuddin karangan Al-Allamah Sayyid Murtadha Az-Zubaidi bahawa kewafatan ulama' itu ditangisi penduduk bumi seperti binatang,tumbuhan dan lain-lain.Hal ini kerana Ulama'lah yang mengajarkan manusia hukum-hukum berburu,menyuruh manusia berlaku Ihsan dengan setiap makhluk Allah.

Tujuan penulisan ini hanyalah kerana berpegang dengan hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم daripada Sayyidina Abdullah Bin Umar:
"Tuturkanlah kebaikan-kebaikan orang yang wafat dari kalangan kamu dan tahanlah diri kalian daripada menuturkan kejahatan mereka."
[Hadits riwayat Abu Daud,Al-Hakim dan al-Baihaqi]
Ditambah pula beliau merupakan seorang ulama' besar.




Syeikh Nuruddin & Tok Guru

Habib Umar & Tok Guru



Qaddasallahu sirrahu wa nawwara darihahu wa hasyarahu ma'a assolihin.


Al-Fatihah


p/s   :hormatilah dan sayangilah Ulama',mungkin peranan mereka kecil pada kerajaan dunia namun di sisi Allah siapa yang tahu....renung-renungkan

Sunday, August 28, 2011

TAJUK YANG RAHSIA!!!


Sedar tak sedar,rupa-rupanya kita sudah berda di penghujung Ramadhan.Ramadan ialah satu bulan yang mana kedatangannya dinanti-nanti dan pemergiannya ditangisi.Namun,kita masih lagi berpeluang untuk menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.Di sini,saya ingin kongsikan sebuah perkongsian tentang perjalanan ramadan yang saya lalui.

1) Ramadan kali ini agak mencabar kerana saya sebagai Pegawai Kadet hendaklah mengikuti latihan ketenteraan perkhidmatan dan menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim untuk berpuasa di bulan Ramadan.Letih tak letih,dua-dua kena jalan.Jadual latihan agak padat sehinggakan setiap masa yang luang akan digunakan sebaiknya untuk berehat.Biasalah,kalau nak fikir penat semua orang pun penat dan semua orang pun bekerja.Namun,hati ini dikuatkan juga untuk memenuhi tuntutan cita-cita dan dalam masa yang sama 
tidak mengabaikan tuntutan agama.




Monday, August 22, 2011

BUKIT UHUD BERGERAK!!!!!


Betul ke Bukit Uhud bergerak???ya,memang btl...Tapi,kenapa bergerak a???Plik kan,tapi itu semua berlaku atas kehendak Allah.Allah S.W.T berkuasa melakukan apa sahaja yang tidak terjangkau oleh akal manusia..Itulah Tuhan,satu Zat yang ada dan bersifat dengan BERKUASA,MENDENGAR,MELIHAT,MENGHIDUP & MEMATIKAN & lain-lain sifat yang layak bagi zatnya yang Maha Mulia.

Wednesday, August 10, 2011

TIPS BLOGGER HEBAT~~~


Pemidato yang hebat bukanlah yang mampu menawan berjuta-juta pendengar yang mendengar pidatonya.


Blogger yang hebat bukanlah seorang blogger yang trafik blognya mencecah beratus ribu sehari.

Usahawan yang hebat bukanlah yang dapat menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam pekerjaannya.