Showing posts with label pondok. Show all posts
Showing posts with label pondok. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

PELIK sangat ke?????

Alhamdulillah,akhirnya saya menemukan juga syair Arab yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga.Syair Ghuraba'..Ya memang Ghuraba'.Satu istilah yang bermaksud ganjil/pelik/asing namun tidak asing lagi dalam dunia Islam.Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda"

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]



Adakah semua orang Islam itu Ghuraba'. Dalam hadis di atas,Nabi menyebutkan bahawa Ghuraba' ini adalah satu golongan yang bertuah. Ini menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja daripada umat nabi yang menjadi bertuah.Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan daripada Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.

Satu persoalan yang ingin dilontarkan kepada para pembaca.
Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam??? 
Di Saat:
-orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing
-kawan-kawan yang seangkatan dengan kita menjerumuskan diri dalam cinta duniawi
-orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama
-zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata.



Jika PERNAH,maka anda adalah orang yang beruntung!!!

Di sini saya ingin berkongsi Syair Ghuraba' kerana saya tidak bercadang untuk mengulas istilah ini dengan lebih panjang...
Hayatilah dan renungilah.



ليس الغريب هو الذي فارق الديار وودّع الأهل
Bukanlah seorang asing itu, orang yg meninggalkan rumah dan keluarganya


ولكن الغريب هو الذي يجٍدّ والناس من حوله يلعبون

Tetapi  orang yang asing itu adalah seorang yang sentiasa bersungguh2

sedangkan manusia di sekelilingnya masih bermain-main

ويصحو والنّاس من حوله ينامون
Insan yg sedar (jiwanya), sedangkan manusia di sekitarnya masih terlena


ويسلك درب الخير والناس في ضلالهم يتخبّطون
Yang menyelusuri jalan kebaikan, sedangkan manusia masih bingung dalam kesesatan mereka

وصدق الشّاعر حيث يقول

 Benarlah kata sang pujangga saat ia berkata


قال لي صاحبٌ أراك غريبا....
 Seorang kenalan berkata padaku: " Kulihat kamu ini seorang yang asing (pelik)

...بين هذا الانام دون خليلِ
 Di kalangan manusia tanpa seorang teman "

قلت كلاّ..........بل الانام غريب 
 Kataku: Tidak, bahkan manusia itu yang sebenarnya yang pelik

...انا في عالمي وهذا سبيلي
Sedang aku berada dalam alamku sendiri, dan inilah jalanku

هذا هو الغريب
 Inilah dia sebuah keterasingan

غريبٌ عند العابثين من البشر....
 Kelihatan asing bagi orang ramai di kalangan manusia

.....ولكنّه عند ربه في مقام كريم
Tetapi di sisi Tuhannya ia punya kedudukan yang mulia



Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup..
  غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup..
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود


Kami tidak peduli dengan belenggu Bahkan Kami akan terus melanjutkan selamanya
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود


Kami tidak peduli dengan belenggu Bahkan Kami akan terus melanjutkan selamanya
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
Maka mari kita berjihad, bertempur dan berperang sedari awal..
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
Maka mari kita berjihad, bertempur dan berperang sedari awal..
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghuraba..adalah orang-orang yang merdeka di dunia yang diperbudak..
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
Seberapa kali kami ingat, hari ketika kami merasa bahagia…
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
Demi KItab Allah, yang kami baca di waktu pagi dan petang hari..
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
Seberapa kali kami ingat, hari ketika kami merasa bahagia…
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
Demi KItab Allah, yang kami baca di waktu pagi dan petang hari..
-------------------------------------------------


Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup.. 
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Kami (ghuraba) tidak bersujud kepada selain Allah..
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة


ghuraba..
Kami telah rela memilihnya sebagai jalan hidup..
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
Jika kalian bertanya kepada kami, Sungguh kami tidak takut kepada tirani..
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Selamanya kami tentara Allah.. Jalan Kami adalah jalan yang dilindungi..
-------------------------------------------------

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء


Selamat membaca dan renung-renungkanlah....Komen amat dialu-alukan..





Wednesday, April 21, 2010

Sedetik Bersama Syeikh Wazir Hafizahullah.














Petang tadi,saya telah membuat temujanji dengan Syeikh Wazir Hafizahullah(gambarnya hujung sebelah kiri) untuk bertemu beliau selepas daripada pengajian kitab Aqidah Ahlus Sunnah(karangan bekas Mufti Sabah Al-Fadhil Syeikh Hj, Said Ibrahim).Selepas pengajian,kami bertolak ke sebuah restoran untuk berbincang sambil manjamu selera.Sebaik sahaja selesai daripada menjamu selera,Syeikh Wazir pun memulakan bicaranya yang bermanfaat.


Sunday, April 18, 2010

UPNM'S INTERVIEW









Semasa aku tengah bertalaqqi kitab MATLAU'L BADRAIN pada petang 6/4/10 dengan guruku Al-Fadhil Al-Ustaz Elias Abdul Jalil
,tiba-tiba masuk dalam inbox telefonku mesej daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) yang menyatakan bahawa aku dipilih untuk menyertai temuduga UPNM sesi akademik 2010/2011.Aku mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang sekali lagi untuk menduga nasibku pada tahun ini.Sejurus selepas itu,aku memaklumkan hal ini kepada ibu dan abangku dan mereka menyuruhku membuat persiapan yang sewajarnya secepat mungkin.

Keesokan harinya,aku memanfaatkan masa seoptimum yang mungkin untuk membeli barang keperluan dan mendapatkan X-ray dadaku serta mendapatkan keperluan yang lain.Alhamdulillah,aku tidak menghadapi apa-apa kesulitan sepanjang proses tersebut kerana sudah dibekali pengalaman lepas.Pada malam itu,aku menghadiri talaqqi kitab Matan Ummul Barahin karangan Imam As-Sanusi Rahimahullah seperti biasa walaupun aku mempunyai komitmen yang lain.Hal ini kerana aku merasakan satu kerugian jikalau masa mudaku tidak disibukkan dengan mendampingi para ulama' dan mendapatkan ilmu mereka.

Seterusnya,pada hari Khamis aku bertolak daripada Kelantan menuju Kuala Lumpur untuk menumpang di rumah abangku yang bertanggungjawab menghantarku.Selepas menumpang selama 2 hari di Kuala Lumpur,kami(aku,abangku,kawan abangku) bergerak menuju Kem Terendak Melaka.Temuduga yang berlangsung selama seminggu ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM.

Terdapat banyak perkara yang aku perolehi selama aku berada di kem ini dan menjalani temuduga pemilihan Pegawai Kadet UPNM.Aku akan simpulkan dalam bentuk point-point ringkas agar senang difahami bagi yang membacanya:

  • Sepanjang aku mengenali dunia ketenteraan,inilah kali pertama aku menjumpai seorang pegawai tentera dari perkhidmatan darat Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkat Left. Kolonel yang bercakap secara jelas tentang hakikat dan keindahan Islam.Sebelum ini terdapat juga pegawai-pegawai yang bercakap tentang Islam tetapi secara samar-samar.Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah tentang Sujud syukur, sunnah-sunnah nabi dalam kehidupan seharian,kematian,redha dengan qada' dan qadar Allah dan .Kelihatan semua audien terpaku terhadap beliau kerana terkejut(pada pengamatanku) bagaimana seorang pegawai tentera daripada Rejimen Infantri boleh bercakap tentang agama.Antara kata-kata yang masih terngiang-ngiang di telingaku ialah"apabila kamu sudah berjaya dalam temuduga ini,kamu sebagai orang Islam hendaklah sujud syukur kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kamu dan hendaklah berdoa kepada Allah agar kamu sentiasa dirahmati Allah sepanjang berada dalam karier ini".
  • Aku mendapat ramai kenalan yang mempunyai pelbagai watak.Ada yang bersahaja, ganas,kelakar,berhati lembut dan pendiam.Aku juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan beberapa individu yang sama umur denganku tetapi berbeza latar belakang.Apa yang aku ingin ketengahkan disini ialah 2 pandangan daripada 2 individu yang berlainan.Kedua-dua pandangan ini berkisar tentang erti persahabatan.Individu pertama berkata"Apabila kita bersahabat,kita jangan pandang kebaikan atau keburukan diri mereka(tidak boleh menghukum sewenang-wenangnya).Apa yang kita perlu pandang ialah diri mereka.Secara logiknya,tiada satu kuantiti fizik yang boleh digunakan untuk menghukum(judge) manusia.Oleh itu,kita tidak berhak untuk menghukum sesiapa kecuali Allah s.w.t sahajalah yang berhak".Individu ke-2 pula berkata"aku tak kisah kalau orang pandang rendah kat aku,tapi 'once' diorang dah kenal aku,masa itulah aku akan buktikan diri aku sampai hati mereka tidak mudah memandang rendah terhadap orang lain".Ketika ini,aku hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka kerana benda ini secara praktikalnya masih terlalu baru buat diriku.
  • Pada hari ke-6,aku terjumpa seorang Koperal dari Pasukan Gerak Khas(komando;berada dalam perkhidmatan ini selama 10 tahun) yang sedang menunggu anaknya.Ketika itu,aku dan kawan-kawan sedang menjamah kuih dan minuman pagi.Peluang ini tidak aku sia-siakan untuk bertanyakan soalan cepumas.Antara soalan yang diajukan kepada beliau ialah"Betul ke cik latihan komando ni boleh membuatkan kita menjadi separuh gila?".Namun,jawapan yang aku perolehi tidak aku duga.Beliau berkata"Semua latihan ketenteraan ini bertujuan untuk membuatkan kita menjadi lebih baik dan berdisiplin.Semua latihan ini adalah baik untuk kita.Kita kena ingat bahawa segala kebaikan adalah berpunca daripada Allah manakala semua kelemahan berpunca daripada diri kita yang serba lemah ini".
Alhamdulillah semasa keputusan diumumkan pada sesi akhir temuduga,aku termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya.Sesungguhnya, ketika ini hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hatiku ini.

Mungkin ini sahaja perkongsian yang aku boleh catatkan dalam ruangan ini.Terdapat banyak pengalaman yang ingin aku kongsikan namun dek kekangan masa dan tugas dan ditambah pula dengan kesukaran yang aku hadapi untuk menterjemahkan pengalamanku dalam bentuk bertulis,ini sahaja hasilnya.Moga-moga bermanfaat untuk santapan mereka yang mencari sesuatu kelainan dalam dunia ketenteraan.


Allahummahdina lissadadi wassowab bijahi nabiyyikal mustafa warasulikal mujtaba.