Sedar tak sedar,rupa-rupanya kita sudah berda di penghujung Ramadhan.Ramadan ialah satu bulan yang mana kedatangannya dinanti-nanti dan pemergiannya ditangisi.Namun,kita masih lagi berpeluang untuk menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.Di sini,saya ingin kongsikan sebuah perkongsian tentang perjalanan ramadan yang saya lalui.
1) Ramadan kali ini agak mencabar kerana saya sebagai Pegawai Kadet hendaklah mengikuti latihan ketenteraan perkhidmatan dan menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim untuk berpuasa di bulan Ramadan.Letih tak letih,dua-dua kena jalan.Jadual latihan agak padat sehinggakan setiap masa yang luang akan digunakan sebaiknya untuk berehat.Biasalah,kalau nak fikir penat semua orang pun penat dan semua orang pun bekerja.Namun,hati ini dikuatkan juga untuk memenuhi tuntutan cita-cita dan dalam masa yang sama
tidak mengabaikan tuntutan agama.

